Wednesday, July 16, 2008

Mesyuarat Committe 12/07/2008

Tarikh : 12/07/2008
Masa : 1600h
Tempat : Dewan Mesyuarat, Restoran Nasi Ayam Nusantara, Medan Gopeng, Ipoh






Yang Hadir :

1. Mohd Hazman Mohd Hasyim (SPM 89)
2. Mahyudin Mat Ibrahim (SPM 89)
3. Meor Azam Meor Hamzah (SPM 89) - NAIB PRESIDEN
4. Nizam Ahmad (SPM 90) - BENDAHARI
5. Saifulbahri Abdul Halim (SPM 91)
6. Norhusnamizan Zakaria (SPM 91)
7. Shu-Hakimi Abd Hamid (SPM 91)
8. Mohd Jouhar Fahmi Ahmad Sabki (SPM 92)
9. Ahmad Fadzli Zakaria (SPM 90)-AJK
10. Muhamad Faizal Jamal (SPM 94)
11. Syed Kamal Hazril (SPM 88)-AJK






MINIT MESYUARAT

1. Pendahuluan

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan
daripada Pengerusi Majlis, Saudara Nizam.
Tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan
aktiviti dan tugas pada 2 & 3 Ogos 2008
sempena Perjumpaan & Mesyuarat Agong
Tahunan 2008 yang akan diadakan di SMK
Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

2. Perbincangan Aktiviti & Tugas pada 2& 3 Ogos,2008 sempena Mesyuarat Agong Tahunan / Perjumpaan Persatuan Alumni 2008

2.1 Membincangkan tentatif program Mesyuarat Agong Tahunan pada hari Sabtu & Ahad (2& 3 Ogos 2008). Saudara Syed mencadangkan supaya setiap peserta yg mendaftar nanti diberi satu tag nama untuk pengenalan diri. Tag nama nanti ditulis nama & tahun tamat persekolahan.

2.2 Jemputan pula, saudara Faizal mencadangkan agar dijemput semua bekas pengetua & penolong kanan yang pernah berkhidmat di sekolah.

2.3 Bagi aktivi sukan pada 2 Ogos, saudara Fadzli mencadangkan peserta lelaki bermain futsal sementara peserta perempuan bermain bola jaring. Hadiah disediakan untuk pasukan yang berjaya ke peringkat akhir.

2.4 Saudara Syed mencadangkan setiap peserta dikenakan bayaran minima RM30.00 seorang bagi menampung perbelanjaan majlis. Bagi yang membawa pasangan pada hari Sabtu, juga dikenakan bayaran RM30.00. Anak-anak yang dibawa pula tidak dikenakan sebarang bayaran tambahan.

2.5 Urusan penginapan di asrama, saudara Saifulbahari mencadangkan Cikgu Fikri yang juga bekas pelajar sekolah supaya menguruskan peserta-peserta yang ingin menginap nanti. Cikgu Fikri juga telah bersetuju setelah berbincang dengan saudara Saifulbahari di talian. Pegesahan penginapan dan pembayaran perlu dijelaskan selewat-lewatnya 25 Julai 2008.

3. Perlantikan Ahli Jawantan Kuasa Kecil
Mesyuarat Agong Tahunan/ Perjumpaan BainunAlumni 2008


3.1 Pengerusi majlis bertanyakan hadirin yang ingin
menawarkan diri untuk menguruskan hal-hal
berkaitan pendaftaran, jamuan, jemputan, sukan
dan lain-lain.

Pendaftaran

3.2 Saudara Hazman dan Faizal menawarkan diri
untuk meguruskan hal pendaftaran.


Aktiviti Sukan

3.3 Saudara Mahyuddin dan Mizan menawarkan diri
Untuk menguruskan aktiviti sukan.

Jemputan

3.4 Hal-hal jemputan akan diuruskan oleh
Jawantankuasa Protem BainunAlumni.

Penginapan

3.5 Hal-hal berkaitan dengan penginapan akan
diuruskan oleh Cikgu Fikri.

Jamuan

3.6 Hal-hal berkaitan jamuan akan juga dikelolakan
oleh Jawantankuasa Protem diketuai Saudara Fadzli.

Tajaan

3.7 Jawantankuasa Protem juga akan cuba mencari
penaja untuk menampung kos perbelanjaan majlis nanti.

Mesyuarat Agong Tahunan

3.8 Saudara Jouhar menawarkan diri untuk terlibat di dalam jawantankuasa mesyuarat kelak

4. Lain-lain Hal

4.1 Saudara Saifulbahari dan Hazman menawarkan diri sebagai jurukamera pada hari perjumpaan dan mesyuarat kelak. Saudara Saifulbahari juga akan cuba mengiklankan tarikh berlangsungnya majlis di Perak FM seminggu sebelum Mesyuarat Agong Tahunan ini. Media-media massa yang lain mungkin akan digunakan jika ada tajaan.

4.2 Saudara Syed menegaskan perlunya tajaan untuk
menampung segala kos perbelanjaan majlis. Kos pengiklanan sahaja sudah menjangkau hampir RM2,500.

4.3 Mesyuarat ditangguhkan pada 27 Julai 2008 di
Pejabat Caj Maju, Medan Istana jam 10:30 pagi.

Mesyuarat Jawantan Kuasa Kecil AGM 2008 telah ditamatkan pada jam 1730H.








Terima kasih kepada saudara Jouhar kerana mencatatkan minit mesyuarat dan saudara Meor Azam kerana mengemaskinikan minit mesyuarat ini.





1 comment:

Anonymous said...

:salam:
nak kasi cadangan sket...

apa kata hg letak shout box kat blog nih... senang sikit kalau nak bagi komen... just cadangan jerr