Wednesday, July 30, 2008

Sejarah Sekolah Bainun

Dari web SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh

SEJARAH SEKOLAH


SMK Raja Permaisuri Bainun pada mulanya dikenali sebagai Sekolah Menengah Manjoi, dibuka pada tanggal 10 Sept. 1984. sekolah ini diasaskan oleh Dato' Hj. Mohd Ghazali Hanafiah, Pengarah Jabatan Pendidikan Perak ketika itu. Bangunan sekolah ini merupakan bekas bangunan Maktab Perguruan Ipoh Baru. la telah dijadikan Sekolah Rancangan Khas Berasrama Penuh kelolaan Jabatan Pendidikan Perak. Tujuan penubuhan ini adalah untuk memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak luar bandar berpendapatan rendah yang mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tetapi tidak terpilih ke sekolah berasrama penuh.



Pengambilan hari pertama seramai 96 orang pelajar Tingkatan 1 telah dibuat dengan kelayakan minimum 3A+2B dalam ujian Penilaian Darjah Lima dengan 7 orang guru. Perasmian pemasyhuran SMK Raja Permaisuri Bainun telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun Binti Mohd Ali D.K. pada 8 Julai 1987.

Pada masa ini, jumlah pelajar telah meningkat kepada 667 orang, guru 60 orang dari 19 orang staf sokongan. Bilangan kelas juga telah meningkat dari 4 kelas pada tahun 1984 kepada 27 kelas pada tahun 2005. Tingkatan 6 dimulakan pada 1998 dengan 16 orang pelajar. Matapelajaran yang ditawarkan adalah Perkomputeran, Matematik S, Pengurusan Perniagaan dan Pengajian Am.

Sejak dibuka, sekolah ini telah dapat mengekalkan pencapaian 100% kelulusan peperiksaan SRP/PMR dan SPM. Sekolah ini juga telah menerima Anugerah Sekolah Bestari pada tahun 1989 dan pada tahun 1997 pula memenangi Naib Johan Anugerah Sekolah Harapan Negara Kategori Bandar. Pada tahun 1998, sekolah ini telah menjadi Johan Sekolah Harapan Negara Kategori Bandar.

Semua pelajar Tingkatan 4 diwajibkan mengambil elektiif sains mulai tahun 1996. Untuk memantapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran, M.O.U. RECSAM BAINUN telah ditandatangani pada 12 Jan 1997. Projek ini dikenali sebagai REBACOS (RECSAM Bainun Cooperative School). Penekanan adalah terhadap pembelajaran kooperatif bagi mata pelajaran Sains, Sains Tulen (Fizik, Kimia, Biologi), Matematik Moden, Matematik Tarnbahan dan Bahasa Inggeris. Kini kaedah CL telah diperluaskan untuk semua mata pelajaran di sekolah ini. Sekolah ini juga memberi tumpuan terhadap kokurikulum. Pasukan Okestra Muda Bainun telah di tubuhkan pada Sept. 1996 dengan 120 orang pelajar. Sehingga kini, pasukan ini telah di beri peluang membuat beberapa siri persembahan penting iaitu Persembahan kepada DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun, di Istana Iskandariah, Persembahan Diraja di Dewan Banquet bangunan Perak Darul Ridzuan, Persembahan sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan dan Persembahan Konsert Kementerian Pendidikan Malaysia di Istana Budaya.

Orkestra Nusantara pula, telah ditubuhkan pada Sept. 1997 yang merangkumi caklempong, gamelan, kompang dan angklung. Pasukan ini juga telah membuat beberapa siri persembahan antaranya Persembahan Diraja, Persembahan sempena Hari Guru Peringkat Negeri dan Majlis Perasmian Peringkat Daerah dan Negeri.

Tumpuan terhadap pendidikan muzik bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Pasukan Pancaragam Kadet Polis telah diterima sebagai Anak Angkat Polis Diraja Malaysia bermula 1999. Sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah yang diluluskan keahlian seramai 90 orang. Ketiga-tiga platun ini menjalani latihan di bawah perintah PDRM bermula tahun 2000.

Usaha-usaha meningkatkan kecemerlangan sekolah oleh P1BG turut memainkan peranan dengan memberikan pelbagai sumbangan dari segi material dan sokongan moral. Pada 1998, PIBG sekolah telah menyumbang 40 buah komputer untak Program Literasi Komputer dan Pengajaran & Pembelajaran Bestari. Sebuah van turut disumbangkan bagi kemudahan pelajar.

Sebuah bas telah dikumiakan kepada pihak sekolah oleh DYMM Dr. Raja Nazrin Shah: sempena hari penghargaan sekolah 1994. JPN Perak telah memperuntukkan pembinaan Kompleks Guru di sekolah ini pada 1997, Bangunan tersebut telah siap dan diserahkan pada April 2000

Pencapaian kecemerlangan sekolah ini amat berkait rapat dengan usaha dan kepimpinan para pentadbir yang bersungguh-sungguh serta prihatin terhadap matlamat dan visi sekolah. Sepanjang usia 20 tahun, sekolah ini telah ditadbir oleh 8 orang Pengetua yang berdedikasi dan berwawasan untuk memastikan kecemerlangan sekolah yang berterusan.

*admin*

teringat Pn Rabitah, tak der pun di mentioned namanya dlm sejarah sekolah. ???

3 comments:

arialun said...
This comment has been removed by the author.
arialun said...
This comment has been removed by the author.
arialun said...

Mari kita list Top10 kenangan masing-masing yang tak boleh dilupakan:

Zaman aku; [Azila]: 1985 - 1989

10. 1985, Minggu pertama aku masuk Tingkatan 1, ada perhimpunan umum where masa tu Faizal, Kamarul, Noni, and bebrapa lagi dilucut jawatan pengawas sekolah sbb organise trip/ or perkelahan apa tah tanpa kebenaran sekolah.

9. Pepijat di katil kat Dorm.

8. Dari zaman seluar 'diskang' ke seluar ketat Rock kapak, kekeke..

7. Time nak pi Sembahyang Jumaat, berebut naik bas.

6. Hari Ahad, time general Cleaning- buat kerja sampai layan carta lagu di Radio siaran apatah aku tak ingat. Time tu lagu Alleycats, je yang dorminant carta tu.

5. Mandi kat kolah waktu petang especially waktu air tak dak.

4. Waktu makan tengahari-- balik-balik lunch ikan 'jacket'.. hai

3. Sarapan kuih Pau goreang + air sirap kat kantin during break time... ni makanan favorite aku.

2. Library - ketika in-charged waktu malam dan bila dah habis waktu, aku buat annoucement .."Perpustakaan Ditutup!"

1. Rukun tetangga waktu malam, konon2 nak tangkap 'lembaga hitam' di Aspuri.. ketika sedang mengejar benda tu, aku terjatuh, tapi sempat capai belakang baju Basir-ul-Elmi, menyebab kan baju dia koyak rabak..kekeke