Monday, March 15, 2010

Kenyataan Rasmi Kedua



Kenyataan Rasmi Berhubung Mesyuarat Kali Keempat Berkaitan Majlis Makan Malam Gala Jubli Perak SMK Raja Permaisuri Bainun,Ipoh anjuran Bainunalumni dengan kerjasama Batch 84-88 yang telah diadakan pada Hari Jumaat 12 Mac 2010 jam 8.00 malam bertempat di Warisan Cafe, The Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur.

  1. Pihak Jawatankuasa Penganjur dengan sukacita ingin memaklumkan bahawa Surat Pengesahan Daripada Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan mengenai Perkenan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan untuk berangkat ke Majlis Makan Malam Gala Jubli Perak SMK Raja Permaisuri Bainun pada 26 Jun 2010 di Kuala Lumpur telah diterima pihak Jawatankuasa Penganjur pada 6 Mac 2010. (Surat Pengesahan Dilampirkan diatas)
  2. Pihak J/K Penganjur ingin memaklumkan terdapat sedikit pertukaran tempat majlis ini berlangsung.Setelah diperhalusi & ditimbangkan oleh J/K Penganjur,majlis ini akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : Sabtu , 26 Jun 2010

Masa : 8.00 Malam

Tempat: Taming Sari Grand Ballroom, The Royale Chulan Kuala Lumpur No.6, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur.


  1. Pihak J/K Penganjur telah memperhalusi & mempertimbangkan maklum balas mengenai Sumbangan Penyertaan & juga berdasarkan sebut harga daripada pihak hotel,kami telah bersetuju untuk menetapkan Sumbangan Penyertaan adalah seperti berikut :


RM 150.00 Seorang (Untuk 200 Tempat Duduk)

RM 200.00 Seorang (Untuk 350 Tempat Duduk)

RM 250.00 Seorang (Untuk 150 Tempat Duduk)


  1. Mengenai Sistem Tempahan & Pembayaran,Pihak J/K sedang membangunkan sebuah laman sesawang khas untuk majlis ini dimana, tatatur (layout) meja & tempat duduk akan dipamerkan untuk membolehkan semua pihak memilih meja & tempat duduk mengikut pilihan masing-masing & segala maklumat majlis akan dipamerkan dalam laman sesawang ini. Laman sesawang ini dijangka akan dilancarkan mulai 1 April 2010. Pihak J/K Penganjur juga telah membuka satu Akaun Semasa (Current Account) dengan Maybank , khas untuk majlis ini untuk semua penerimaan Sumbangan Penyertaan dan juga transaksi pembayaran untuk menjayakan majlis ini.
  2. Selain itu juga,J/K Penganjur telah memutuskan untuk memilih Saudari Adibah Noor & Orkestra Muda Bainun (OMB) untuk mengadakan persembahan semasa majlis itu. Pertandingan Cabutan Bertuah dengan hadiah-hadiah yang menarik juga akan diadakan untuk memeriahkan majlis itu nanti.
  3. Kami juga memutuskan bahawa etika pakaian adalah santai tetapi kemas.Bagi lelaki baju mempunyai asas warna maroon seperti batik,baju melayu & kemeja lengan panjang. Kemeja lengan pendek tidak dibenarkan.Bagi wanita,pakaian adalah tertib dan kemas.
  4. Selain itu, sebarang pekembangan majlis ini boleh juga diikuti di laman Facebook Grand Reunion Jubli Perak SMKRPB.Maklumat lanjut akan diumumkan kelak.


Sekian,Terima Kasih


Untuk Dunia & Akhirat

Engr. Mohd Azham bin Azmi (Batch 94-98)
Presiden Bainunalumni Merangkap Timb. Pengerusi Jawatankuasa Penganjur
15 Mac 2010
Ipoh.







Read more...

Thursday, February 25, 2010

Bainunian Get Together Golf Tourney

Kejohanan Golf Amal 2010. Menjemput semua ex-bainun yang berminat untuk bersama-sama bersukan golf sambil menyihatkan badan.

Terbuka kepada semua dan kalau tidak bermain pun dijemput hadir untuk memeriahkan suasana. Bawa anak2 dan isteri sekali. Tempat yang nyaman dan sesuai untuk percutian hujung minggu bersama family.

Tempatnya di Clearwater Sanctuary Golf Resort di Batu Gajah.

Tarikhnya pada 29/05/2010

Maklumat lanjut sila layari Facebook Bainunalumni.

Jumpa Di sana!


Read more...

Monday, February 8, 2010

Kenyataan Rasmi

Kenyataan Rasmi Berkaitan Majlis Makan Malam Gala Jubli Perak SMK Raja Permaisuri Bainun,Ipoh anjuran Bainunalumni dengan kerjasama Batch 84-88.

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera 1Bainun kepada semua ahli-ahli Bainunalumni & Bekas Pelajar SMK Raja Permaisuri Bainun,Ipoh.

Saya mewakili Exco Bainunalumni 2008-2010 beserta Jawatankuasa Penganjur Majlis Makan Malam Gala Jubli Perak SMKRPB,Ipoh ingin menerangkan & memaklumkan beberapa perkara berkaitan majlis diatas adalah seperti berikut :

  1. Majlis Makan Malam Gala Jubli Perak SMK Raja Permaisuri Bainun,Ipoh ini telah dicetuskan ideanya oleh YBhg. Dato' Faizal Bin Abdullah (Bekas Pelajar Batch 84-88/Ketua Umum Yang Pertama) sejak Ogos 2009 bersempena dengan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun SMK Raja Permaisuri Bainun,Ipoh yang ditubuhkan sejak tahun 1984.
  2. Memandangkan Sambutan Jubli Perak peringkat sekolah telah diadakan pada 20 Oktober 2009 yang dianjurkan pengurusan sekolah,beliau merasakan Bainunalumni patut mengadakan Majlis Makan Malam ini bagi meraikan & menjadi tempat pertemuan semula (reunion) semua bekas pelajar mulai tahun 1984 hingga kini yang telah banyak mengharumkan serta menaikkan nama SMKRPB ini dimata masyarakat selain mengumpul dana untuk Tabung Kebajikan Bainunalumni (sebagai permulaan kepada penubuhan Yayasan Bainunalumni) yang bertujuan untuk membantu ahli-ahli Bainunalumni,membiayai pengajian pelajar miskin di SMKRPB dan sebagainya.Selain itu juga,Majlis ini adalah untuk mempromosikan Bainunalumni (Branding Exercise) yang baru ditubuhkan 2 tahun dan harapan kami,Bainunalumni setanding dengan persatuan-persatuan bekas pelajar sekolah tersohor yang dapat memberi ruang kepada bekas pelajar menyumbang kembali kepada sekolah dan masyarakat setempat setelah mencapai kejayaan.
  3. Setelah beberapa pertemuan & perbincangan diadakan antara Exco Bainunalumni & beberapa bekas pelajar batch 84-88,satu jawatankuasa kerja ditubuhkan bersama bagi melancarkan & merealisasikan majlis ini.Salah satu ketetapan yang dibuat adalah untuk mengadakan soal selidik (survey) berkaitan majlis ini sama ada perlu dibuat atau tidak.Berdasarkan undian terkini sehingga bulan Januari 2010,seramai 97% daripada bekas pelajar berpendapat wajar diadakan.
  4. Untuk menjayakan soal selidik ini,kami berusaha mewar-warkan kepada setiap batch dengan mencari wakil setiap batch untuk dibawa berbincang & membantu J/K Penganjur.Tetapi ada beberapa batch masih tiada wakil walaupun dijemput hadir ke mesyuarat.Walau bagaimanapun kami dimaklumkan bahawa,setiap batch telah mengetahui bahawa majlis makan malam gala ini akan diadakan.Kami mensasarkan kehadiran pada malam itu adalah seramai 1000 orang berdasarkan jumlah pelajar yang telah mendaftar di SMKRPB mencecah 4500 orang ini termasuk suami atau isteri kepada bekas pelajar SMKRPB.
  5. Setelah berbincang dengan pihak Pengetua Sekolah & Pengerusi PIBG,kami J/K Penganjur berpendapat adalah wajar bahawa DYMM Raja Permaisuri Perak,Tuanku Bainun dijemput selaku Tetamu Kehormat disamping YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Pelajaran.Ini kerana untuk makluman,pihak Kementerian Pelajaran telah memperuntukkan RM 1 juta untuk memperbesarkan Dewan Besar SMKRPB setelah ditegur oleh DYMM Tuanku semasa sambutan Jubli Perak SMKRPB yang lalu.Jemputan ini adalah wajar kerana DYMM Tuanku amat prihatin dengan perkembangan & kemajuan sekolah ini sebagai penghargaan kepada DYMM Tuanku & YAB TPM dan dif-dif lain.Kami berharap tidak timbul soal ini lagi.
  6. Apabila soal selidik dibuat,ada beberapa isu dibangkitkan dan kami dalam J/K Penganjur ambil maklum & isu-isu ini telah dibawa ke dalam mesyuarat untuk dibincangkan & diputuskan pada mesyuarat yang ketiga pada 4 Februari 2010 di TGI Fridays@The Garden.
  7. J/K telah bersetuju bahawa majlis ini akan diadakan pada 26 Jun 2010 (Sabtu) mulai jam 8.00 malam bertempat di Hotel Mandarin Oriental,Jalan Ampang,Kuala Lumpur. Pemilihan hotel ini dibuat berdasarkan saiz jemputan & ruang yang disediakan.Walau bagaimanpun tarikh ini masih tertakluk kepada pindaan dan perkenan DYMM Tuanku.Acara ini diadakan di Kuala Lumpur memandangkan ramai bekas pelajar SMKRPB bekerja & menetap di sekitar Lembah Kelang.
  8. Soal Sumbangan Penyertaan (Yuran Penyertaan) yang tinggi RM250 & RM325 seperti dalam soal selidik itu hanyalah sebagai panduan berdasarkan kos anggaran awal yang terlibat.Walau bagaimana pun,setelah J/K Pengajur mencari formula untuk melibatkan ramai bekas pelajar terutama bekas-bekas pelajar yang masih menuntut di IPT,kami menyediakan Sistem Sumbangan Penyertaan Berperingkat (Tiers Pricing Sytem) dan Sistem Bidaan Awal (Early Bids). Kami menawarkan Kadar Sumbangan Penyertaan mulai RM 125, RM 250 & RM 325 (Korporat) bagi setiap kerusi (seorang) dan RM 3000 untuk satu meja (korporat).Pengumuman lanjut mengenai perkara ini akan dimaklumkan kelak.Sumbangan ikhlas daripada anda semua tidak kira nilainya amatlah dialu-alukan untuk menjayakan majlis ini & Tabung Kebajikan Bainunalumni.Kami juga sedang berusaha menyediakan sistem pembayaran elektronik yang dapat memudahkan semua pihak.
  9. Untuk makluman,kos yang terlibat adalah untuk membiayai persembahan Orkestra Muda Bainun seramai 60-80 orang (dibawa dari Ipoh),guru-guru,bekas-bekas Pengetua,kos makanan & minuman,buku aturcara,cenderahati,kad jemputan,kos persembahan artis & persembahan video,acara cabutan bertuah serta yang berkaitan untuk memeriahkan majlis.Memandangkan Bainunalumni hanya baru 2 tahun ditubuhkan,tabung sedia ada belum mencukupi.Kami J/K Penganjur cuba meminimakan perbelajaan disamping berusaha mencari penaja-penaja korporat.Selain itu juga,satu ketetapan dibuat,bahawa semua lebihan (surplus) dalam akaun Majlis Makan Malam ini akan disumbangkan terus kepada Tabung Kebajikan Bainunalumni.Justeru itu satu akaun lain khas untuk majlis ini akan dibuat tidak lama lagi.Kami juga berharap tiada pembaziran berlaku.Saya ingin tegaskan bahawa,majlis ini bukan berunsurkan kepada keuntungan atau kepentingan mana-mana individu.
  10. Selain itu,kami menetapkan bahawa setiap bekas pelajar yang ingin menyertai majlis ini perlu mendaftarkan diri sebagai ahli Bainunalumni.Borang keahlian boleh diperolehi mulai bulan 1 Mac 2010.Maklumat lanjut akan diumukan kemudian.
  11. Mengenai kod pemakaian,buat masa ini tiada kod pemakaian ditetapkan kecuali kemas & sopan.
  12. 2 sekreatariat akan ditubuhkan di Kuala Lumpur & Ipoh untuk menyelaraskan segala urusan majlis ini.
  13. Memandangkan majlis ini akan diadakan berskala besar,kami J/K Pengajur berharap lebih ramai sukarelawan & sukarelawati menawarkan khidmat bakti dengan ikhlas untuk menjayakan majlis ini.Kami percaya,SMKRPB telah melahirkan pelbagai insan yang mempunyai kepelbagaian kelebihan & keupayaan yang dapat membantu pihak kami J/K Penganjur menjayakan majlis ini.
  14. Kami J/K Pengajur berharap agar kenyataan maklumat awal ini dapat menjernihkan keadaan dan berharap lebih ramai bekas pelajar mengesahkan kehadiran mereka ke majlis ini.Sebarang makluman lanjut akan diumumkan sebaik sahaja ia disahkan dan dipersetujui.Kami berharap agar bekas-bekas pelajar dapat menyampaikan maklumat ini kepada rakan-rakan lain dan menjemput mereka untuk hadir ke majlis ini.Kami juga ingin menegaskan bahawa tiada paksaan bagi menyertai majlis ini.
  15. Satu harapan kami adalah majlis ini dapat menyatukan semua bekas pelajar SMK Raja Permaisuri Bainun,Ipoh tanpa mengira pangkat dan kedudukan,tanpa jurang senior & junior,tanpa mengira fahaman politik,tanpa mengira perselisihan lalu,tanpa mengira tempoh kita di sekolah dan tanpa ada perasaan syak wasangka antara kita kerana kita semua mempunyai satu persamaan iaitu kita semua 1 Bainun.
Sekian,Terima Kasih

Untuk Dunia & Akhirat

Engr. Mohd Azham bin Azmi (Batch 94-98)
Presiden Bainunalumni Merangkap Timb. Pengerusi Jawatankuasa Penganjur
8 Februari 2010
Ipoh.

Nota: Sebarang Pertanyaan boleh dikemukakan melalui emel bainunalumni@ymail.com ataupun fakskan ke 05-5277266,atau Facebook Bainunalumni atau Grand Reunion Jubli Perak SMKRPB.Sebarang maklumat lanjut rasmi hanya akan dikeluarkan daripada laman ini sahaja.


Read more...

Tuesday, January 19, 2010

Tinjauan Pendapat Grand Reunion Jubli Perak SMKRPB

Tinjauan Pendapat...
Grand Reunion Jubli Perak SMKRPB
(Bulan April atau Mei 2010 di Kuala Lumpur)...
Sila Jawab sebelum 05 Februari 2010, jam 3 Petang...
klik link di bawah

http://www.kwiksurveys.com/online-survey.php?surveyID=LBKNH_e1beb&ooo=NCKHOI_d1be419c

Sila hebah/war-warkan mengenai "SURVEY' ini kepada semua warga SMKRPB, Ipoh. Survey ini penting untuk mengumpul pendapat dalam menjayakan majlis itu nanti. Kami hargai setiap undian, cadangan dan pandanga ikhlas anda... Terima Kasih


Read more...