Monday, June 29, 2009

Karnival Sukan & Mesyuarat Agung Tahunan Kedua Tahun 2009

"Karnival Sukan BainunAlumni 2009"

Pertandingan Bolasepak, Bola Tampar,
Bola Jaring, Tenis, Badminton antara batch & juga wakil sekolah.

Setiap Batch digalakkan hantar pasukan untuk setiap jenis sukan.
Jika tidak,Pasukan BainunAlumni akan diwujudkan.

Tarikh : 01 Ogos 2009 (Sabtu)

Masa : 08:00 pagi - 17:00 petang


Tempat : Sekitar SMK Raja Permaisuri Bainun,Ipoh.


"Mesyuarat Agung Tahunan Kedua Untuk Tahun 2009"



Sebarang usul & cadangan untuk mesyuarat berkenaan boleh dipanjangkan kepada Setiausaha & Exco Pengurusan sebelum atau pada 3 Julai 2009.


Tarikh : 02 Ogos 2009 (Ahad)

Masa : 09:30 Pagi - 11.30 Pagi


Tempat : Dewan Besar, SMK Raja Permaisuri Bainun,Ipoh.


Kehadiran anda semua sebagai ahli Bainunalumni & Bekas Pelajar SMK Raja Permaisuri Bainun,Ipoh amatlah digalakkan dan dihargai.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat kepada Saudara Meor Azam di No. 0195107830 atau emel : bainunalumni@ymail.com.

Sekian,Harap Maklum.

Dari Alumni untuk Alumni.


Read more...

Cadangan Pengubahsuaian Bilik Gerakan BainunAlumni (2)

Updated : Terdapat perubahan lokasi Bilik Gerakan setelah berbincang dengan pihak SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.Walau bagaimanapun, sumbangan boleh dibuat melalui Akaun Maybank BainunAlumni seperti berikut :


558220216833 (Maybank Jelapang)


Sumbangan anda amat kami hargai, Terima Kasih.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat di Facebook 'BainunAlumni' atau emel : bainunalumni@ymail.com


Read more...

Tuesday, June 9, 2009

Cadangan Pengubahsuaian Bilik Gerakan BainunAlumni.






  • Tujuan

Kertas Cadangan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan dana atau peruntukan atau sumbangan kepada Persatuan Alumni SMK Raja Permaisuri Bainun,Ipoh (BainunAlumni) untuk mengubahsuai Bilik Gerakan BainunAlumni.

  • Butiran Bilik Gerakan BainunAlumni

Bilik Gerakan BainunAlumni ini adalah bertempat di Tingkat 3,Blok Akademik di SMK Raja Permaisuri Bainun,Ipoh yang telah diberikan kepada pihak BainunAlumni oleh atas ihsan Pengetua SMK Raja Permaisuri Bainun,Ipoh untuk tujuan operasi & pengurusan Bainunalumni.Seperti persatuan-persatuan berdaftar lain,pusat operasi memang penting sebagai pusat penyimpanan maklumat,mesyuarat & aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan sesebuah organisasi.Walau bagaimanapun keadaan sedia ada Bilik Gerakan ini agak usang & menyedihkan.(Rujuk Gambar). Justeru itu adalah penting pengubahsuaian dilakukan untuk kemudahan Ahli Jawatankuasa & ahli-ahli Bainunalumni untuk menjalankan sebarang aktiviti yang berkaitan.Bilik ini bersaiz 1/3 daripada saiz bilik darjah sedia ada di SMK Raja Permaisuri Bainun.Pengubahsuaian ini akan dilakukan secara minimum dimana keperluan asas dapat disediakan.

  • Objektif

Cadangan pengubahsuaian ini melibatkan kos pengubahsuaian.Justeru kertas cadangan disasarkan kepada ahli-ahli BainunAlumni,bekas-bekas pelajar SMK Raja Permaisuri Bainun,Ipoh serta badan-badan korporat yang berminat & sudi menyumbangkan sejumlah dana untuk membantu BainunAlumni ini dapat melaksanakan cadangan pengubahsuaian ini.Selain itu juga sumbangan dalam bentuk peralatan & lain-lain juga amat-amat dialu-alukan.

  • Anggaran Butiran Pengubahsuaian

    1. Kerja-kerja Membaikpulih Tingkap & Pintu
    2. Kerja-kerja Pemasangan Penghawa Dingin

(1.5 HP) 1 Nos.

    1. Kerja-kerja Pendawaian Semula,Lampu,Kipas
    2. Kerja-kerja Mengecat
    3. Kerja-kerja Pemasangan ‘Grill’ Pintu & Tingkap
    4. Kerja-kerja Pemasangan Permaidani
    5. Papan Tanda ‘Bilik Gerakan BainunAlumni’
    6. Kerja-kerja Yang Berkaitan (Kunci Dan lain-lain)

Jumlah Keseluruhan RM 5,000.00

  • Penutup


Cadangan pengubahsuaian ini hanya melibatkan penyediaan asas Bilik Gerakan tanpa melibatkan peralatan-peralatan di dalamnya.Untuk itu,adalah dicadangkan peralatan-peralatan seperti rak,papan lembut (softboard),meja komputer,meja mesyuarat,kerusi dan lain-lain lagi yang difikirkan perlu dapat disumbangkan oleh ahli-ahli Bainunalumni terus tanpa perlu mengutip dana mahu pun pembelian dibuat oleh BainunAlumni.Justeru itu adalah diharapkan dengan kertas kerja ini,sumbangan daripada ahli-ahli BainunAlumni,bekas-bekas pelajar & badan-badan korporat dapat diperolehi & kerja-kerja pengubahsuaian ini dapat disiapkan seawal-awalnya Bulan Julai 2009 ataupun selewat-lewatnya sebelum Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun SMK Raja Permaisuri Bainun,Ipoh yang dijadualkan pada bulan Oktober 2009.Semoga segala sumbangan ini diredhai Allah S.W.T dan semua ahli-ahli BainunAlumni mendapat hidayah dan manfaat bersama.


‘DARI ALUMNI UNTUK ALUMNI’


Sebarang Pertanyaan boleh dibuat di Facebook "BainunAlumni' @ email : Bainunalumni@yahoo.com.my

Maklumat Kaedah Sumbangan Akan disiarkan kemudian.


Read more...

Tuesday, June 2, 2009

Perancangan Aktiviti Sambutan 25 Tahun

Sebagaimana semua maklum Sambutan 25 Tahun SMKRPB di adakan pada tahun ini.

Antara 'event' yang bakal diadakan dan MEMERLUKAN kerjasama semua alumni adalah seperti :

1. Karnival Sukan Alumni - (awal July)
2. Majlis Berbuka Puasa & Tahlil (dicadang pada 6/9/2009, menunggu kelulusan sekolah)
3. Majlis Sambutan Hari Raya (dicadang pada 3 raya)
4. Makan MALAM (dicadang pada 10/1/2010)

Semua ALumni yang berkelapangan utk terlibat dalam perancangan AMAT DIALU-ALUKAN. Beberapa siri 'meeting' telah dan bakal diadakan. untuk meeting yang selanjutnya akan di umumkan di www.bainunalumni.org dan juga melalui facebook bainunalumni.

Alumni diminta menghubungi wakil batch/ajk BAINUNALUMNI utk maklumat lanjut.


Read more...