Wednesday, December 31, 2008

Salam Maal Hijrah 1430 & Selamat Tahun Baru 2009

Saya mewakili semua Ahli Jawatan Kuasa Bainunalumni ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1430 & Selamat Tahun Baru 2009.Semoga kehadiran tahun baru ini membawa penghijrahan diri ke arah yang lebih cemerlang dan tenang menghadapi cabaran yang mendatang.


Dari Alumni Untuk Alumni.Teruskan sokongan anda.

Presiden & Rakan-Rakan.


Read more...

Friday, December 12, 2008

Kejohanan Bowling Tertutup Bainunalumni


Persatuan Alumni SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh (Bainunalumni) dengan kerjasama Jawatankuasa Pelaksana Bainunalumni 97-01 dengan ini menjemput seluruh bekas pelajar SMK Raja Permaisuri Bainun untuk menyertai Kejohanan Bowling Tertutup Bainunalumni yang akan dianjurkan.
Kejohanan ini berbentuk amal lagi membantu mengisi tabung dana Bainunalumni yang baru sahaja ditubuhkan.
Butir-butir kejohanan adalah seperti berikut:

Tarikh: 13hb Disember 2008
Masa: 01:30 petang

Tempat: Pin Junction Bowling Centre, 301, Tingkat 3, CINELEISURE DAMANSARA, Jalan PJU 7/3 Mutiara Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor

Bayaran: RM 30/ seorang ( RM 120/4 orang sekumpulan)


Bayaran boleh dibuat melalui akaun:
CIMB (02080064467529) atau Maybank (162115839565) – Zuhaili Mohamad Ramly atau dibayar pada hari kejohanan

Borang pendaftaran boleh dimuat turun dari link di bawah ini:
» Borang pendaftaran

Borang yang telah diisi bolehlah di emailkan kepada seketeriat dibawah
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 28 November 2008.

”Dari Alumni Untuk Alumni”
Pendaftaran & Pertanyaan:
Azim (012-5035031) (azimazmi@streamyx.com)
Zawani (012-3785669) (zawani_halil@yahoo.com)
Zuhaili (012-6159249) (zuhaili@utm.my)


Read more...

Tuesday, December 9, 2008

Keadaan Di Sekolah & Perkembangan Bainunalumni

1. Bainunalumni telah memutuskan untuk menyumbangkan hadiah wang tunai RM 1,000.00 kepada pelajar terbaik SPM 2008 sebagai bantuan melanjutkan pelajaran di IPT.

2. Tahun 2009 merupakan sambutan ulang tahun Jubli Perak ke 25 tahun penubuhan SMKRBB dan juga ulang tahun Jubli Perak ke-25 tahun sempena pemerintahan Seri Paduka Tuanku Sultan Perak.

3. Bainunalumni dalam proses melengkapkan Senarai Ahli Jawatankuasa (wakil setiap batch). Pohon kerjasama setiap batch untuk mengemukakan nama wakil masing-masing bagi yang belum.

4. SMKRPB telah berjaya dipilih sebagai Sekolah Kluster.

5. Bainunalumni telah memutuskan bahawa untuk memperkenalkan budaya memakai tali leher berwarna maroon pada setiap hari Rabu sehingga rekabentuk rasmi dipilih & digunakan sebagai lambang memperkenalkan diri sebagai bekas pelajar SMKRAPB.(Untuk lelaki dahulu sahaja,wanita dicadangkan memakai skaf,tudug ataupun brooch.)

6. Bainunalumni mengalu-alukan sebarang cadangan,bantuan & khidmat untuk membantu perkembangan Bainunalumni & juga menaikkan imej sekolah.

Sekian,Harap Maklum


Blok Baru Dihadapan Asrama Putera Blok A.


Taman-taman yang indah di Stor Lama Hadapan Dewan Makan.


Taman SPBT


Kerja-kerja Menaiktaraf & Membaikpulih Padang yang menggunakan
Sistem Peparitan Bawah Tanah (Sub-soil Drain)


Read more...

Sunday, December 7, 2008

Sumbangan Ucapan PAT,PMR & SPM 2008

Banner yang dipasang dihadapan Medan Susila.Ingat lagi ke ?

Sumbangan Ikhlas Daripada Bainunalumni

Pihak Bainunalumni telah bermurah hati untuk menyumbangkan sepanduk untuk ucapan selamat berjaya menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun (PAT), Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) & Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi adik-adik di SMK Raja Permaisuri Bainun baru-baru ini. Semoga adik-adik kita berjaya menghadapi peperiksaan tersebut.



Read more...

Selamat Hari Raya Aidiladha 2008

Salam Kepada Semua,

Selamat Hari Raya Aidiladha 2008

Tulus Ikhlas Daripada

Presiden & Seluruh Ahli Jawatankuasa Bainunalumni 2008-2010


Read more...