Wednesday, July 30, 2008

Up : Reunion & AGM 2008

Up kan sekali lagi.

Reunion & AGM 2008

Tarikh : 2hb & 3hb Ogos 2008
Tempat : SMK Raja Permaisuri Bainun.

2/8/2008

Acara sukan & Dinner

3/8/2008

AGM

SEMUA BEKAS PELAJAR DIJEMPUT HADIR.

details: scroll bawah utk 1st posting or visit www.bainunalumni.nexo.com


Read more...

Sejarah Sekolah Bainun

Dari web SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh

SEJARAH SEKOLAH


SMK Raja Permaisuri Bainun pada mulanya dikenali sebagai Sekolah Menengah Manjoi, dibuka pada tanggal 10 Sept. 1984. sekolah ini diasaskan oleh Dato' Hj. Mohd Ghazali Hanafiah, Pengarah Jabatan Pendidikan Perak ketika itu. Bangunan sekolah ini merupakan bekas bangunan Maktab Perguruan Ipoh Baru. la telah dijadikan Sekolah Rancangan Khas Berasrama Penuh kelolaan Jabatan Pendidikan Perak. Tujuan penubuhan ini adalah untuk memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak luar bandar berpendapatan rendah yang mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tetapi tidak terpilih ke sekolah berasrama penuh.



Pengambilan hari pertama seramai 96 orang pelajar Tingkatan 1 telah dibuat dengan kelayakan minimum 3A+2B dalam ujian Penilaian Darjah Lima dengan 7 orang guru. Perasmian pemasyhuran SMK Raja Permaisuri Bainun telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun Binti Mohd Ali D.K. pada 8 Julai 1987.

Pada masa ini, jumlah pelajar telah meningkat kepada 667 orang, guru 60 orang dari 19 orang staf sokongan. Bilangan kelas juga telah meningkat dari 4 kelas pada tahun 1984 kepada 27 kelas pada tahun 2005. Tingkatan 6 dimulakan pada 1998 dengan 16 orang pelajar. Matapelajaran yang ditawarkan adalah Perkomputeran, Matematik S, Pengurusan Perniagaan dan Pengajian Am.

Sejak dibuka, sekolah ini telah dapat mengekalkan pencapaian 100% kelulusan peperiksaan SRP/PMR dan SPM. Sekolah ini juga telah menerima Anugerah Sekolah Bestari pada tahun 1989 dan pada tahun 1997 pula memenangi Naib Johan Anugerah Sekolah Harapan Negara Kategori Bandar. Pada tahun 1998, sekolah ini telah menjadi Johan Sekolah Harapan Negara Kategori Bandar.

Semua pelajar Tingkatan 4 diwajibkan mengambil elektiif sains mulai tahun 1996. Untuk memantapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran, M.O.U. RECSAM BAINUN telah ditandatangani pada 12 Jan 1997. Projek ini dikenali sebagai REBACOS (RECSAM Bainun Cooperative School). Penekanan adalah terhadap pembelajaran kooperatif bagi mata pelajaran Sains, Sains Tulen (Fizik, Kimia, Biologi), Matematik Moden, Matematik Tarnbahan dan Bahasa Inggeris. Kini kaedah CL telah diperluaskan untuk semua mata pelajaran di sekolah ini. Sekolah ini juga memberi tumpuan terhadap kokurikulum. Pasukan Okestra Muda Bainun telah di tubuhkan pada Sept. 1996 dengan 120 orang pelajar. Sehingga kini, pasukan ini telah di beri peluang membuat beberapa siri persembahan penting iaitu Persembahan kepada DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun, di Istana Iskandariah, Persembahan Diraja di Dewan Banquet bangunan Perak Darul Ridzuan, Persembahan sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan dan Persembahan Konsert Kementerian Pendidikan Malaysia di Istana Budaya.

Orkestra Nusantara pula, telah ditubuhkan pada Sept. 1997 yang merangkumi caklempong, gamelan, kompang dan angklung. Pasukan ini juga telah membuat beberapa siri persembahan antaranya Persembahan Diraja, Persembahan sempena Hari Guru Peringkat Negeri dan Majlis Perasmian Peringkat Daerah dan Negeri.

Tumpuan terhadap pendidikan muzik bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Pasukan Pancaragam Kadet Polis telah diterima sebagai Anak Angkat Polis Diraja Malaysia bermula 1999. Sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah yang diluluskan keahlian seramai 90 orang. Ketiga-tiga platun ini menjalani latihan di bawah perintah PDRM bermula tahun 2000.

Usaha-usaha meningkatkan kecemerlangan sekolah oleh P1BG turut memainkan peranan dengan memberikan pelbagai sumbangan dari segi material dan sokongan moral. Pada 1998, PIBG sekolah telah menyumbang 40 buah komputer untak Program Literasi Komputer dan Pengajaran & Pembelajaran Bestari. Sebuah van turut disumbangkan bagi kemudahan pelajar.

Sebuah bas telah dikumiakan kepada pihak sekolah oleh DYMM Dr. Raja Nazrin Shah: sempena hari penghargaan sekolah 1994. JPN Perak telah memperuntukkan pembinaan Kompleks Guru di sekolah ini pada 1997, Bangunan tersebut telah siap dan diserahkan pada April 2000

Pencapaian kecemerlangan sekolah ini amat berkait rapat dengan usaha dan kepimpinan para pentadbir yang bersungguh-sungguh serta prihatin terhadap matlamat dan visi sekolah. Sepanjang usia 20 tahun, sekolah ini telah ditadbir oleh 8 orang Pengetua yang berdedikasi dan berwawasan untuk memastikan kecemerlangan sekolah yang berterusan.

*admin*

teringat Pn Rabitah, tak der pun di mentioned namanya dlm sejarah sekolah. ???


Read more...

Friday, July 25, 2008

Mesyuarat Committe 20/07/2008

Tarikh : 20/07/2008
Masa : 1200h
Tempat : Kantin SMK RPB Ipoh



Pic : Kantin Sekolah

Hadir
1. Syed Syamma Wafa syed Jalaluddin (SPM 2000)
2. Mohd Nazri MArzuke (SPM 1988)
3. Norhusnamizan Zakaria (SPM 1991)
4. Yusri Wanu Suki (SPM 1991)
5. Ahmad Fadzli Zakaria (SPM 1990)
6. Mohd Hazman Mohd Hashim (SPM 1989)
7. Mohd Fadzli Kamarudin (SPM 1988)
8. Meor Azam Meor Hamzah (SPM 1989)
9. Mohd Jouhar Fahmi Ahmad Sabki (SPM 1992)
10. Aidil Hasrizal Roflese (SPM 1990)
11. Nizam Ahmad (SPM 1990)
12. Mohd Yusri Md Yunus (SPM 1991)
13. Mohd Fikri Mohd Nadzari (SPM 1991)

Minit Mesyuarat


Akan diupdate bila free...Sorry.


Read more...

Thursday, July 24, 2008

www.bainunalumni.org

It's official.

Our own domain now www.bainunalumni.org.

Thanks to ALL.


Read more...

Wednesday, July 23, 2008

Shoutbox

Sebagaimana yg direquest oleh miezan, ruang shoutbox disediakan di blog bainunalumni.

Gunakan dgn berhemah.


Read more...

Wednesday, July 16, 2008

Mesyuarat Committe 12/07/2008

Tarikh : 12/07/2008
Masa : 1600h
Tempat : Dewan Mesyuarat, Restoran Nasi Ayam Nusantara, Medan Gopeng, Ipoh






Yang Hadir :

1. Mohd Hazman Mohd Hasyim (SPM 89)
2. Mahyudin Mat Ibrahim (SPM 89)
3. Meor Azam Meor Hamzah (SPM 89) - NAIB PRESIDEN
4. Nizam Ahmad (SPM 90) - BENDAHARI
5. Saifulbahri Abdul Halim (SPM 91)
6. Norhusnamizan Zakaria (SPM 91)
7. Shu-Hakimi Abd Hamid (SPM 91)
8. Mohd Jouhar Fahmi Ahmad Sabki (SPM 92)
9. Ahmad Fadzli Zakaria (SPM 90)-AJK
10. Muhamad Faizal Jamal (SPM 94)
11. Syed Kamal Hazril (SPM 88)-AJK






MINIT MESYUARAT

1. Pendahuluan

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan
daripada Pengerusi Majlis, Saudara Nizam.
Tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan
aktiviti dan tugas pada 2 & 3 Ogos 2008
sempena Perjumpaan & Mesyuarat Agong
Tahunan 2008 yang akan diadakan di SMK
Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

2. Perbincangan Aktiviti & Tugas pada 2& 3 Ogos,2008 sempena Mesyuarat Agong Tahunan / Perjumpaan Persatuan Alumni 2008

2.1 Membincangkan tentatif program Mesyuarat Agong Tahunan pada hari Sabtu & Ahad (2& 3 Ogos 2008). Saudara Syed mencadangkan supaya setiap peserta yg mendaftar nanti diberi satu tag nama untuk pengenalan diri. Tag nama nanti ditulis nama & tahun tamat persekolahan.

2.2 Jemputan pula, saudara Faizal mencadangkan agar dijemput semua bekas pengetua & penolong kanan yang pernah berkhidmat di sekolah.

2.3 Bagi aktivi sukan pada 2 Ogos, saudara Fadzli mencadangkan peserta lelaki bermain futsal sementara peserta perempuan bermain bola jaring. Hadiah disediakan untuk pasukan yang berjaya ke peringkat akhir.

2.4 Saudara Syed mencadangkan setiap peserta dikenakan bayaran minima RM30.00 seorang bagi menampung perbelanjaan majlis. Bagi yang membawa pasangan pada hari Sabtu, juga dikenakan bayaran RM30.00. Anak-anak yang dibawa pula tidak dikenakan sebarang bayaran tambahan.

2.5 Urusan penginapan di asrama, saudara Saifulbahari mencadangkan Cikgu Fikri yang juga bekas pelajar sekolah supaya menguruskan peserta-peserta yang ingin menginap nanti. Cikgu Fikri juga telah bersetuju setelah berbincang dengan saudara Saifulbahari di talian. Pegesahan penginapan dan pembayaran perlu dijelaskan selewat-lewatnya 25 Julai 2008.

3. Perlantikan Ahli Jawantan Kuasa Kecil
Mesyuarat Agong Tahunan/ Perjumpaan BainunAlumni 2008


3.1 Pengerusi majlis bertanyakan hadirin yang ingin
menawarkan diri untuk menguruskan hal-hal
berkaitan pendaftaran, jamuan, jemputan, sukan
dan lain-lain.

Pendaftaran

3.2 Saudara Hazman dan Faizal menawarkan diri
untuk meguruskan hal pendaftaran.


Aktiviti Sukan

3.3 Saudara Mahyuddin dan Mizan menawarkan diri
Untuk menguruskan aktiviti sukan.

Jemputan

3.4 Hal-hal jemputan akan diuruskan oleh
Jawantankuasa Protem BainunAlumni.

Penginapan

3.5 Hal-hal berkaitan dengan penginapan akan
diuruskan oleh Cikgu Fikri.

Jamuan

3.6 Hal-hal berkaitan jamuan akan juga dikelolakan
oleh Jawantankuasa Protem diketuai Saudara Fadzli.

Tajaan

3.7 Jawantankuasa Protem juga akan cuba mencari
penaja untuk menampung kos perbelanjaan majlis nanti.

Mesyuarat Agong Tahunan

3.8 Saudara Jouhar menawarkan diri untuk terlibat di dalam jawantankuasa mesyuarat kelak

4. Lain-lain Hal

4.1 Saudara Saifulbahari dan Hazman menawarkan diri sebagai jurukamera pada hari perjumpaan dan mesyuarat kelak. Saudara Saifulbahari juga akan cuba mengiklankan tarikh berlangsungnya majlis di Perak FM seminggu sebelum Mesyuarat Agong Tahunan ini. Media-media massa yang lain mungkin akan digunakan jika ada tajaan.

4.2 Saudara Syed menegaskan perlunya tajaan untuk
menampung segala kos perbelanjaan majlis. Kos pengiklanan sahaja sudah menjangkau hampir RM2,500.

4.3 Mesyuarat ditangguhkan pada 27 Julai 2008 di
Pejabat Caj Maju, Medan Istana jam 10:30 pagi.

Mesyuarat Jawantan Kuasa Kecil AGM 2008 telah ditamatkan pada jam 1730H.








Terima kasih kepada saudara Jouhar kerana mencatatkan minit mesyuarat dan saudara Meor Azam kerana mengemaskinikan minit mesyuarat ini.






Read more...

Sunday, July 13, 2008

Reunion & AGM 2008

2hb & 3hb Ogos 2008




Sabtu 2hb Ogos




1200H Pendaftaran
1600H Acara Sukan
2030H Dinner / Show / etc




Ahad 3hb Ogos




0800H Pendaftaran
1100H AGM






Tempat : SMK RAJA PERMAISURI BAINUN, IPOH

Kepada yang belum mendaftar menjadi ahli, sila isi borang keahlian di bainunalumni nexo dan bayaran keahlian perlu dibayar ke akaun persatuan di

Bank Islam 08-013-02-342193-2

Kepada yang hadir pada hari Sabtu 2hb Ogos 2008, anda perlu 'confirmkan' kehadiran anda dengan email kepada admin di :

bainunalumni@gmail.com

bainunalumni@yahoo.com.my

Bayaran untuk majlis makan malam hanya RM30.00 dan perlu di bayar kepada akaun persatuan.

Untuk yang ingin merasa kembali tidur di hostel sekolah, penginapan di sediakan.

Kepada yang telah ber famili, di galakkan membawa bersama pasangan anda dan juga anak-anak. (tiada bayaran extra di kenakan)

Acara sukan pada petang sabtu, bergantung kepada jumlah kehadiran. Namun difahamkan Captain, Zami dan Nizam berserta beberapa yang lain telah memulakan latihan intensif memanjat Bukit Kledang dalam menghadapi sukan reunion yg bakal diadakan pada petang sabtu tersebut.


Read more...