Wednesday, August 6, 2008

Laporan Reunion & AGM 2008 - Part 1

Sebagaimana dirancang, 1st Reunion & AGM 2008 telah selesai dijayakan.

Bro Miezan dan kole jr telah berada di sekolah seawal jam 8.30 pagi.







2hb Ogos 2008 Sabtu.

Aturcara.

Pendaftaran - Dewan
Acara Sukan - Padang
Solat Maghrib/Isyak/Ceramah Kerjaya - Surau Asrama
Makan Malam - Dewan



Kehadiran seramai hampir 200 bekas pelajar ditambah dgn ahli keluarga dan anak2 bekas pelajar memeriahkan suasana di dewan sekolah. Kegembiraan dapat bertemu dgn rakan2 yg telah lama tidak berjumpa jelas terpancar di raut wajah mereka2 yg hadir.

Ustaz Adzmi yg tiba lewat tengah hari disambut meriah oleh bekas pelajar.

Perlawanan bola sepak antara bekas pelajar dan kakitangan/pelajar smkrpb menonjolkan kembali bakat2 bolasepak bekas pelajar. Namun apakan daya, faktor saiz badan yg semuanya telah meningkat dua dan tiga kali ganda dari zaman persekolahan dahulu keputusan berakhir dgn bekas pelajar tewas 0-5.

Selesai solat maghrib/isyak dan ceramah kerjaya di surau asrama, aturcara diteruskan dengan majlis makan malam.

Kehadiran bekas2 pengetua dan guru2 amat bermakna sekali buat semua yg hadir. Jamuan yg disediakan mencukupi dan memuaskan.
Persembahan karaoke memeriahkan lagi majlis makan malam. Walaupun majlis makan malam telah selesai namun ramai bekas pelajar yg masih lagi berada di dewan hingga lewat malam. Apabila diminta oleh pak guard utk bersurai barulah lampu dewan ditutup. Namun acara sembang2 diteruskan lagi di kedai mamak sekitar silibin dan ada yg dengar kabarnya ke seksyen 18 di pasir puteh.Bertahun2 tak jumpa, byk yg nak diceritakan.

note : utk gambar2 sepanjang reunion dan agm ini bolehlah clik di link2 yg ada atau ke bainunalumni.nexo di seksyen gallery reunion & agm 2008.







No comments: